PELAKSANAAN SISTEM SEMESTER PROGRAM MATRIKULASI
Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengamalkan sistem semester. Setiap sesi pengajian mempunyai 2 semester. Setiap semester mempunyai 20 minggu pengajian (rujuk pada Kalendar Akademik). Pelajar perlu mendaftar untuk semua mata pelajaran yang diambil setiap semester. Pakej-pakej mata pelajaran yang perlu diambil bagi melengkapkan program pengajian dikategorikan kepada pakej mata pelajaran pengkhususan, pakej mata pelajaran wajib dan pakej mata pelajaran kokurikulum
Sistem Semester: Rasional dan Ciri Utama
Rasional
Langkah Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan sistem semester bagi program Matrikulasi adalah selaras dengan amalan kebanyakan Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan di luar negara.
Antara rasional pelaksanaan sistem semester adalah:
• Merupakan sistem yang paling sesuai dengan rancangan institusi-institusi pengajian tinggi untuk menyediakan pendidikan liberal atau “broad-based” kepada para pelajar dan merupakan satu sistem yang lebih banyak menguntungkan pelajar dan lebih mesra pelajar
• Memberi ruang yang lebih luas kepada kolej untuk memperkenal dan melaksanakan sistem penilaian prestasi dan kemajuan akademik pelajar yang lebih sesuai dan berkesan.
• Membolehkan Universiti / IPTS / Kolej mengoptimumkan penggunaan sumber manusia dan kemudahan fizikalnya.
Ciri Utama
• Tempoh pengajaran dan penilaian (termasuk peperiksaan akhir) setiap kursus ialah satu semester.
• Penilaian prestasi pelajar berdasarkan kepada penilaian berterusan , ujian pertengahan semester dan peperiksaan akhir semester.
• Pelajar berpeluang mendapat pendidikan yang lebih liberal dan menyeluruh.
• Mata pelajaran wajib dan kokurikulum diberi kredit walaupun gred penilaian tidak diambilkira dalam pengiraan Purata Nilai Gred Semester (PNGS) dan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK).
• Prestasi dan kedudukan akademik pelajar di akhir setiap semester berdasarkan PNGS dan PNGK.
• Setiap pelajar diperuntukkan seorang Penasihat Akademik sepanjang pengajiannya di Kolej Matrikulasi untuk mendapat nasihat dan bimbingan merangkumi kedua-dua aspek akademik dan bukan akademik
Pelajar diberi peluang untuk mengulang program jika pencapaian tidak memenuhi syarat minima untuk meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama di IPTA
PAKEJ MATA PELAJARAN YANG DI TAWARKAN
• Mata Pelajaran Pengkhususan Aliran Sains
Matematik
Kimia
Fizik, atau
Biologi
• Mata Pelajara Pengkhususan Aliran Perakaunan
Matematik
Perakaunan
Ekonomi
Pengurusan Perniagaan
• Mata pelajaran Wajib
Bahasa Inggeris
Pendidikan Islam
Pendidikan Moral
Dinamika Kemahiran
Sains Informatik
• Aktiviti Kokurikulum
Sukan dan Permainan
Persatuan dan Kelab
Kawad
PENGGUGURAN MATA PELAJARAN
Pengguguran mata pelajaran TIDAK dibenarkan.
Pelajar WAJIB mengambil semua mata pelajaran mengikut aliran.
• Pelajar dari jurusan Sains diwajibkan mengambil 3 mata pelajaran iaitu Kimia , Matematik dan satu di antara 2 mata pelajaran berikut iaitu Fizik atau Biologi
• Pelajar dari jurusan Perakaunan diwajibkan mengambil 4 mata pelajaran iaitu Matematik, Perakaunan, Ekonomi dan Pengurusan Perniagaan
DEFINASI JAM KREDIT
Jam kredit bagi satu-satu kursus adalah berdasarkan kepada waktu pertembungan antara pelajar dan pensyarah. Penetapan jam kredit bagi sesuatu kursus adalah seperti berikut:-
a) 1 jam kuliah/tutorial seminggu dalam satu semester biasa = 1 jam kredit; atau
b) 1 kelas amali (2 – 3 jam) seminggu dalam satu semester biasa = 1 jam kredit
KOD MATA PELAJARAN
Setiap mata pelajaran yang ditawarkan diberikan kod yang menggunakan 2 abjad yang diikuti oleh tiga angka
Contoh:
Kod SF017 AE015 SF027
Jurusan S = Sains A = Perakaunan S = Sains
Mata pelajaran F = Fizik E = Ekonomi F = Fizik
Peringkat 0 = Matrikulasi 0 = Matrikulasi 0 = Matrikulasi
Semester 1= Semester 1 1 = Semester 1 2= Semester 2
Jam kredit 7 = jam kredit 5 = jam kredit 7 = jam kredit
PENDAFTARAN KURSUS
a) Pelajar wajib mendaftar untuk semua mata pelajaran yang diambil bagi setiap semester.
b) Pada amnya jumlah jam kredit maksimum yang diambil dalam setiap semester bagi mata pelajaran pengkhususan adalah 20 jam seminggu untuk jurusan Sains dan 21 jam seminggu untuk jurusan Perakaunan (tidak termasuk mata pelajaran wajib dan kokurikulum).
MENGULANG PROGRAM
Pelajar diberi satu peluang untuk mengulang program jika selepas peperiksaan akhir semester kedua, pencapaiannya tidak memenuhi syarat minimum untuk dipertimbangkan kemasukan ke IPTA (1.5 PNGK < 2.00)
MENARIK DIRI DARIPADA PROGRAM MATRIKULASI
• Penarikan diri daripada kesemua mata pelajaran yang didaftarkan oleh pelajar bagi sesuatu semester bermakna penarikan diri daripada Program Matrikulasi. Seseorang pelajar dibenarkan menarik diri daripada mana-mana atau kesemua mata pelajaran yang didaftarnya bagi sesuatu semester yang berkenaan.Penarikan diri pelajar hanya akan dipertimbangkan atas alasan perubatan atau atas alasan lain yang boleh diterima oleh Pengarah. Pengarah tidak akan menerima penarikan diri pelajar atas alasan yang berkaitan dengan prestasi pelajar dalam mana-mana mata pelajaran atau kurang bersedia bagi mata pelajaran berkenaan atau tidak puas hati terhadap mana-mana mata pelajaran.
• Permohonan secara bertulis hendaklah ditujukan kepada Pengarah Kolej masing-masing (satu salinan perlu dihantar kepada Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia) bagi maksud penarikan diri daripada mana-mana atau kesemua mata pelajaran yang didaftarnya. Bagi penarikan diri atas alasan perubatan, pelajar dikehendaki mengemukakan laporan perubatan yang lengkap yang mengesahkan ketidakupayaan pelajar untuk meneruskan pengajian bagi sesuatu semester yang berkenaan.
• Penarikan diri daripada program Matrikulasi atas alasan mendapat tawaran dari IPTS / IPT lain untuk program lepasan SPM setelah mendaftar tidak dibenarkan. Bayaran gantirugi mengikut perjanjian yang telah ditandatangani akan dikenakan terhadap pelajar tersebut
PENANGGUHAN PENGAJIAN
Permohonan untuk menangguhkan pengajian bagi pelajar yang telah mendaftar hanya boleh dipertimbangkan sekiranya dibuat sebelum minggu kedua pendaftaran. Permohonan penangguhan perlu dibuat kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pengarah kolej masing-masing. Penangguhan atau sebab kes perubatan yang diperakui dikecualikan dari peraturan ini. Pelajar yang telah diluluskan penagguhan pengajian atas alasan perubatan hendaklah disahkan sihat sebelum ia dibenar meneruskan pengajiannya bagi semester berikutnya.
PENAWARAN KURSUS
Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan 2 Aliran Pengkhususan iaitu Aliran Sains dan Aliran Perakaunan. Pelajar dalam Aliran Sains diwajibkan mengambil 3 mata pelajaran pengkhususan sementara pelajar dari Aliran Perakaunan wajib mengambil 4 mata pelajaran. Pelajar program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia diWAJIBkan mendaftar untuk semua mata pelajaran wajib dan kokurikulum yang telah ditetapkan:
• Setiap kursus yang ditawarkan hendaklah diajar, diselesaikan dan/dinilai di penghujung setiap satu semester.
• Tempoh minimum bagi menyempurnakan Program Matrikulasi, Kementerian Pendidikan adalah 2 semester atau 1 tahun.
• Tempoh maksimum bagi menyempurnakan pengajian Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia adalah 4 semester (bagi kes pelajar mengulang program kerana tidak dapat memenuhi syarat minimum untuk dipertimbangkan masuk ke IPTA ( PNGK < 2.0 )
KEPERLUAN BAHASA INGGERIS
• Pelajar diwajibkan mengikuti kelas Bahasa Inggeris untuk 3 jam seminggu bagi kedua-dua Semester I dan II.
• Gred yang diperolehi untuk kursus Bahasa Inggeris tidak akan diambil kira dalam penentuan PNG atau PNGK bagi rekod akademik pelajar, walaupun dinilai pada penghujung setiap semester.
• Kurikulum Bahasa Inggeris yang digubal bertujuan untuk membantu pelajar menduduki Malaysian University English Test (MUET).
• Pelajar Program Matrikulasi WAJIB menduduki ujian kelayakan Bahasa Inggeris MUET sebelum memohon ke IPTA sebagai pra-syarat bagi kemasukan ke fakulti.
PENDIDIKAN ISLAM/MORAL
• Kurikulum Pendidikan Islam yang digubal adalah bertujuan untuk memberi panduan kepada pelajar untuk menjadi seorang yang dapat memenuhi kehendak-kehendak Islam seperti beriman, beramal dan berperibadi mulia serta mempunyai persediaan untuk menyelesaikan masalah semasa berpandukan Islam di samping memahami pengertian yang sebenar tentang Islam dan tujuan mengapa Islam dibangkitkan untuk menjadi panduan hidup manusia di alam ini. Di samping itu juga, mata pelajaran Pendidikan Islam dapat memberangsang pelajar dalam mengejar kecemerlangan dalam pelajaran.
• Pelajar diwajibkan mengikuti kelas Pendidikan Islam/Moral untuk 2 jam seminggu bagi satu semester sahaja.
• Penilaian hanya dibuat secara berterusan
• Keputusan penilaian yang diperolehi untuk kursus Pendidikan Islam / Moral tidak akan diambil kira dalam penentuan PNG atau PNGK pelajar. Walaubagaimanapun ianya akan dicatatkan dalam rekod akademik pelajar
DINAMIKA KEMAHIRAN
o Kurikulum Dinamika Kemahiran digubal bagi membantu pelajar membina keyakinan diri, kematangan, kecerdasan emosi dan mental melalui kemahiran berkomunikasi dan penampilan diri di samping menjadi warganegara yang setia dan berani mengahdapi cabaran ke arah kesejahteraan diri, bangsa dan negara.
o Para pelajar diwajibkan mengikuti kelas Dinamika Kemahiran untuk 1 jam seminggu bagi satu semester sahaja.
o Penilaian hanya dibuat secara berterusan.
o Keputusan penilaian yang diperolehi untuk kursus Dinamika Kemahiran tidak akan diambil kira dalam penentuan PNG atau PNGK pelajar. Walaubagaimanapun ianya akan dicatatkan dalam rekod akademik pelajar.
SAINS INFORMATIK
• Semua pelajar dikehendaki mencapai tahap celik komputer yang ditentukan apabila mereka tamat pengajian di matrikulasi. Pelajar dikehendaki mendaftar untuk mata pelajaran Sains Informatik untuk 2 jam seminggu untuk satu semester sahaja.
• Para pelajar diwajibkan mengikuti kelas Sains Informatik untuk 2 jam seminggu bagi satu semester sahaja.
• Penilaian hanya dibuat secara berterusan.
• Keputusan penilaian yang diperolehi untuk kursus Sains Informatik tidak akan diambil kira dalam penentuan PNG atau PNGK pelajar. Walaubagaimanapun ianya akan dicatatkan dalam rekod akademik pelajar.
KOKURIKULUM
• Pelajar program Matrikulasi Kementerian Pendidikan perlu mendaftar salah satu diantara akitiviti kokurikulum berikut: Sukan, Kelab/Persatuan atau Kawad.
• Aktiviti kokurikulum akan dilaksanakan mengikut konsep riadah. Elemen kecergasan fizikal dan mental, khidmat masyarakat serta sosial akan diintegrasikan dalam mata pelajaran tersebut. Dengan adanya elemen-elemen ini, diharapkan pelajar lepasan Program Matrikulasi akan dapat menyediakan diri menjadi pelajar yang berwibawa dan mantap dari segi kepimpinan, sahsiah, ketahanan dan mempunyai kemahiran berkomunikasi. Aktiviti-aktiviti kokurikulum ini perlu berfungsi sebagai pelengkap kepada kecemerlangan akademik pelajar.
• Penilaian hanya dibuat secara berterusan.
• Gred yang diperolehi dalam mata pelajaran kokurikulum tidak akan diambil kira dalam penentuan PNG dan PNGK pelajar. Walaubagaimanapun ianya akan dicatatkan dalam rekod akademik pelajar.
PROGRAM MENTOR MENTEE
Pelajar Program Matrikulasi terdiri daripada pelbagai latar belakang. Oleh itu, khidmat nasihat yang menyeluruh sepanjang pengajian mereka dalam Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia amat diperlukan. Sehubungan itu, Kolej-kolej matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan Program Mentor Mentee untuk membantu pelajar semasa mengikuti program ini. Sistem Mentor Mentee merupakan satu bentuk sistem komunikasi dua hala. Pelajar dan penasihat hendaklah berjumpa (apabila perlu) untuk berbincang secara terbuka mengenai apa jua bentuk masalah yang dihadapi. Sepanjang pengajian, di bawah program ini setiap pelajar (mentee) akan diletakkan di bawah bimbingan seorang mentor yang terdiri daripada tenaga pengajar / kakitangan akademik kolej matrikulasi berkenaan.
KEPENTINGAN MENTOR MENTEE
Matlamat utama diadakan Program Mentor Mentee ialah untuk mewujudkan saluran perhubungan untuk membolehkan pelajar mengadu sebarang masalah khususnya dalam hal-hal akademik. Pelajar bertanggungjawab untuk memahami dan memenuhi keperluan kurikulum pengajiannya dan hendaklah mendapatkan nasihat sewajarnya. Usaha sedemikian perlu dilaksanakan bagi membantu pelajar mengatasi kelemahan yang dihadapi dalam aspek akademik secara berterusan.
Mengikut program ini, pelajar akan sentiasa berurusan dengan mentor dalam pelbagai perkara. Selain dari itu juga, sistem ini akan mengeratkan hubungan antara pelajar dengan mentor.
Pelajar dan mentor hendaklah berjumpa/membuat pertemuan apabila perlu untuk berbincang mengenai program pengajian dan hal-hal lain yang berkenaan.
TANGGUNGJAWAB MENTOR
• Menyimpan rekod kemajuan akademik pelajar
• Menemui pelajar di bawah jagaannya (sebaik-baiknya pada minggu pendaftaran/pertama) dan memberi penerangan umum mengenai sistem semester dan hal-hal lain yang berkaitan dengan hal pembelajaran dan seterusnya mengikuti serta mengawasi pencapaian pelajar.
• Memaklumkan kepada pihak pentadbiran dari semasa ke semasa tentang prestasi dan masalah pelajar.
• Menasihat dan membantu pelajar dalam menyediakan rancangan bagi keseluruhan pengajian dari segi memilih kursus/jurusan/mata pelajaran, jumlah jam kredit yang diambil dan tempoh pengajian.
• Membantu pelajar yang menghadapi masalah akademik atau peribadi melalui bimbingan, dorongan dan nasihat sewajarnya.
• Berusaha mencari alternatif bagi penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi oleh pelajar di bawah pengawasannya.
• Merujuk kepada pihak-pihak lain yang berkaitan seperti kaunselor, doktor, pensyarah mata pelajaran dan sebagainya.
AKADEMIK
Pencapaian akademik pelajar dinilai berdasarkan Ujian Pertengahan Semester (UPS), Peperiksaan Akhir Semester (PSPM), dan Penilaian Berterusan (PB) bagi mata pelajaran pengkhususan kedua-dua jurusan. Pelajar menduduki peperiksaan akhir di hujung setiap semester yang dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Matrikulasi. Sistem Purata Nilai Gred Semester (PNGS) dan Sistem Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) digunakan dalam program ini. Keputusan Peperiksaan setiap semester adalah gabungan Ujian Pertengahan Semester, (UPS) Peperiksaan Akhir Semester (PSPM) dan Penilaian Berterusan (PB).
PEPERIKSAAN SEMESTER PROGRAM MATRIKULASI (PSPM)
· Melibatkan mata pelajaran pengkhususan dan Bahasa Inggeris.
· Wajaran aspek peperiksaan bagi Matematik 80%, Kimia 70%, Fizik 70%, Biologi 70%, Bahasa Inggeris 60%, Ekonomi 80%, Pengurusan Perniagaan 80% dan Perakaunan 80%
- PSPM diadakan pada penghujung setiap semester. Pada akhir setiap semester PNGS dan PNGK pelajar dikira berasaskan gred yang diperolehi dan jam kredit yang diperuntukkan bagi subjek yang diambil kecuali Bahasa Inggeris.
- Penyediaan kertas soalan, pemeriksaan dan pemarkahan kertas jawapan dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Matrikulasi.
- Kriteria dan syarat-syarat peperiksaan akan ditentukan oleh Bahagian Matrikulasi.
PENILAIAN SECARA BERTERUSAN(PB)
· Merangkumi laporan kerja amali,kuiz,kertas kerja serta aktiviti lain yang dinilai secara berterusan di sepanjang tempoh pengajian.
· Markah penilaian secara berterusan dilaporkan pada penghujung setiap semester.
· Wajaran bagi PB ialah 10% bagi mata pelajaran jurusan perakaunan dan matematik, 20% bagi mata pelajaran sains dan 30% bagi Bahasa Inggeris dan 100% bagi mata pelajaran Pendidikan Islam/Moral dan Dinamika Kemahiran
UJIAN PERTENGAHAN SEMESTER (UPS)
· Diadakan pada pertengahan setiap semester.
· UPS dikendalikan sepenuhnya oleh pihak kolej. Walau bagaimanapun, Bahagian Matrikulasi menyelaraskan tarikh, format soalan dan Jadual Penentu Ujian (JPU).
· Wajaran bagi UPS adalah 10% bagi setiap mata pelajaran yang dinilai.
· Penilaian dibuat mengikut kriteria yang telah ditetapkan untuk mata pelajaran tersebut
KOKURIKULUM
Gerakerja kokurikulum dinilai secara berterusan berdasarkan kepada kriteria kehadiran, penglibatan, pencapaian dan jawatan yang disandang. Gerakerja kokurikulum dilaksanakan dalam bentuk riadah dan pelajar wajib mengambil mana-mana satu antara tiga gerakerja seperti Sukan dan Permainan, Kelab dan Persatuan atau Kawat Kaki.
SISTEM GRED,MATA NILAIAN DAN PURATA NILAI GRED (PNG)
· Keputusan akhir penilaian semua mata pelajaran pengkhususan akan diberi dalam bentuk gred.
· Setiap gred akan diberi mata nilaian.
· Untuk mendapat taraf pencapaian akademik seseorang pelajar, Sistem Purata Nilai Gred (PNG) digunakan.
· Semua mata pelajaran pengkhususan akan diambil kira untuk pengiraan Purata Nilai Gred Semester (PNGS) dan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK).
· Gred ‘D’ merupakan gred lulus minimum.
· Prestasi pelajar dalam sesuatu mata pelajaran digambarkan oleh gred yang diperolehinya. Hubungan antara gred dengan skala/mata nilaian adalah seperti Jadual 1.
JADUAL 1
GRED | SKALA / MATA NILAIAN | TARAF | |
A | | 4.00 | Cemerlang |
A | - | 3.67 | |
B | + | 3.33 | |
B | | 3.00 | Kepujian |
B | - | 2.67 | |
C | + | 2.33 | Lulus |
C | | 2.00 | |
C | - | 1.67 | |
D | + | 1.33 | |
D | | 1.00 | |
F | | 0.0 | Gagal |
· Kedudukan akademik pelajar dibuat berdasarkan kepada PNG dan PNGK yang dikira berpandukan pencapaian pelajar dalam semua mata pelajaran pengkhususan bagi setiap semester. Setiap gred ditukar kepada mata melalui formula yang berikut:
Mata = Jam Kredit mata pelajaran X mata nilaian
PNG = Jumlah mata/Jumlah Kredit bagi semester yang berkenaan
PNGK = Jumlah mata keseluruhan/Jumlah Kredit keseluruhan
· Gred keputusan penilaian kokurikulum yang tidak diambil kira dalam penentuan PNG dan PNGK, akan diberi dalam bentuk:
· L C– Lulus cemerlang.
· LK – Lulus dengan kepujian
· L – Lulus
· G – Gagal.
· Gred keputusan matapelajaran Bahasa Inggeris dinilai seperti berikut:
o A – Cemerlang
o B, C, D – Kepujian
o E – Lulus
o F – Gagal
· Bagi mata pelajaran Pendidikan Islam/Moral dan Dinamika Kemahiran gred pencapaian dinilai seperti berikut:
o L – Lulus
o G – Gagal
· Bagi mata pelajaran Sains Informatik gred pencapaian dinilai seperti berikut:
o L – Lulus
o G – Gagal
Contoh pengiraan Purata Nilai Gred Semester (PNGS) dan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK).
Kes 1
Keputusan Semester 1
KOD MATA PELAJARAN | GRED | MATA NILAI | JAM KREDIT | MATA (mata nilai x jam kredit) |
QM016 | A | 4.00 | 6 | 24.00 |
SB017 | C + | 2.33 | 7 | 16.31 |
SK017 | B + | 3.33 | 7 | 23.31 |
JUMLAH | 20 | 63.62 |
PNGS 1 = = 3.18
PNGK = 3.18, kerana ini adalah semester yang pertama
STATUS : Pelajar meneruskan pengajian ke Semester 2.
Kes 2
Keputusan Semester 1
KOD MATA PELAJARAN | GRED | MATA NILAI | JAM KREDIT | MATA (mata nilai x jam kredit) |
QM016 | B | 3.00 | 6 | 18.00 |
SB017 | C | 2.00 | 7 | 14.00 |
SK017 | D | 1.00 | 7 | 07.00 |
JUMLAH | 20 | 39.00 |
PNGS 1 = = 1.95
PNGK = 1.95 , kerana ini adalah semester yang pertama
STATUS : Pelajar meneruskan pengajian ke Semester 2 tetapi diberi AMARAN
Kes 3
Keputusan Semester 1
KOD MATA PELAJARAN | GRED | MATA NILAI | JAM KREDIT | MATA (mata nilai x jam kredit) |
QM016 | C - | 1.67 | 6 | 10.02 |
SB017 | D | 1.00 | 7 | 07.00 |
SK017 | C - | 1.67 | 7 | 11.69 |
JUMLAH | 20 | 28.71 |
PNGS 1 = = 1.43
PNGK = 1.43, (semester yang pertama)
STATUS : Gagal keluar dan diberhentikan
SYARAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN
· Telah mendaftar kursus. Pihak kolej wajib mendaftarkan pelajar untuk menduduki peperiksaan. Pelajar yang tidak mendaftar tidak dibenarkan untuk menduduki peperiksaan.
· Memenuhi peraturan kehadiran kuliah termasuk semua tugasan dan kerja yang memerlukan kehadiran yang ditetapkan oleh Bahagian Matrikulasi (Rujuk 8.0 b).
· Tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib.
· Pengarah kolej matrikulasi berkenaan telah mengakui secara bertulis bahawa pelajar itu telah menghadiri kursus dengan memuaskan untuk menduduki peperiksaan
· Bahagian Matrikulasi mengakui secara bertulis bahawa pelajar tersebut tidak berhutang dengan kolej/Bahagian Matrikulasi.
PRESTASI AKADEMIK PELAJAR
- Prestasi akademik seseorang pelajar bagi setiap semester berdasarkan PNGS dan PNGK
Untuk meneruskan pengajian ke semester II pelajar perlu mendapatkan PNGS sekurang-kurangnya 2.0. - Jika pelajar memperolehi 1.5 PNGS <>
- Pelajar yang memperolehi PNGS <>
- Jika pencapaian pelajar tidak mencapai syarat minimum yang ditetapkan untuk dipertimbangkan masuk IPTA (1.5 PNGK <>
PENYEMPURNAAN KURSUS
- Pelajar dianggap telah menyempurnakan kursus Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia setelah memenuhi syarat-syarat berikut:
- Mengambil sejumlah 20 jam kredit seminggu selama 40 minggu (dua semester) yang telah ditetapkan untuk Jurusan Sains dan 21 jam kredit seminggu untuk Jurusan Perakaunan. Jumlah jam kredit ini tidak termasuk mata pelajaran wajib (Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam/Moral, Dinamika Kemahiran dan Sains Informatik) dan kokurikulum.
- Memperoleh PNGK 2.0.
- Telah menyempurnakan dan mengambil semua pakej mata pelajaran wajib dan kokurikulum.
- Lulus semua mata pelajaran wajib dan kokurikulum. Pelajar yang memperolehi PNGK 2.0 akan dipertimbangkan untuk mengikuti pengajian di peringkat ijazah pertama di IPTA atau universiti luar negara yang dikenal pasti.
PENYEMAKAN SEMULA SKRIP JAWAPAN PEPERIKSAAN
- Setelah keputusan diumumkan, calon yang tidak berpuas hati dengan gred yang diperolehi, dibenarkan untuk memohon penyemakan semula skrip jawapan.
- Permohonan perlu dibuat dengan mengisi borang khas yang disediakan oleh Bahagian Matrikulasi.
- Borang permohonan hendaklah sampai ke BMKPM selewat-lewatnya dalam masa 14 hari selepas keputusan dikeluarkan. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan. Bayaran sebanyak RM50 dikenakan pada setiap kertas jawapan yang hendak disemak. Bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk cek/postal order dibayar kepada: Pengarah Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia.
KEHADIRAN KELAS
- Pelajar diwajibkan menghadiri kuliah/tutoran/ pengajaran lain yang ditetapkan sepanjang pengajian. Pensyarah hendaklah menyimpan rekod kehadiran dan melaporkan tentang ketidakhadiran pelajar kepada pihak pengurusan hal ehwal pelajar kolej.
- Pelajar yang mencatat kehadiran kurang daripada 90% dalam mana-mana mata pelajaran tanpa sebab yang munasabah dan kebenaran pengarah kolej berhak dihalang daripada mengambil peperiksaan bagi mata pelajaran berkenaan. Pihak kolej mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib berdasarkan kepada peruntukan kaedah 4, AKTA 174. Walau bagaimanapun, apa juga keputusan yang telah diambil perlu dimaklumkan secara bertulis kepada Pengarah BMKPM.
- Pelajar yang tidak memenuhi peratusan kehadiran boleh dijatuhkan hukuman di bawah Kaedah 48, AKTA 174, dihalang daripada mengambil peperiksaan.
- Pelajar yang dihalang daripada mengambil peperiksaan bagi kesemua mata pelajaran yang didaftarnya tanpa alasan yang boleh diterima oleh Bahagian Matrikulasi bagi sesuatu semester akan ditamatkan pengajian dan tidak akan diterima masuk semula ke Program Matrikulasi KPM.